Wednesday, December 12, 2007

Science Kitchen: 12/12/2007

Menutup tirai 2007 dengan kem sains terakhir anjuran ActivemindKids. Ianya diadakan di Little Khalifah iaitu program kerjasama Activemind dan Little Khalifah. Tema kali ini ialah Kitchen Science.

Seramai 15 kanak-kanak menghadiri kem kali ini yang dianjurkan selama sehari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Can Egg Float?, The Magic Raisin, Acid Or Base dan Sticky Game.


Eksperimen untuk mengapungkan sebiji telur


Magic Raisin ialah eksperimen melihat kismis 'melompat' didalam air soda


Adam, peserta paling muda berusia 5 tahun tapi kini dah skolah darjah 2.



Eksperimen Magic Raisin menggunakan air soda hijau


Peserta sangat teruja dengan eksperimen yang dijalankan


Preparation untuk Sticky Game


Euuuww...bila lepas ia meleleh, bila genggam ia mengeras....


Those kids paksa Sherrina join sama....habis tanganku...


Eksperimen Acid Base. Mengenalpasti samada bahan asid atau alkali


Hasil ujikaji daripada pelbagai jenis bahan


Semua gembira dapat bawa balik hadiah dan hasil eksperimen :)

Sunday, July 29, 2007

Earth Energy:

Penat training tak sudah lagi, kami telah sibuk membuat persiapan untuk kem. Kalau difikirkan penat, memang tak menjadi. Tapi bila difikirkan keseronokkan dan kepuasan hati, penat pun hilang. Kami dijemput oleh The Little Khalifah Shop untuk menganjurkan bengkel Sains bertajuk 'Earth Energy' di premis mereka di Taman Permata.



Pendaftaran bermula seawal jam 9.30 pagi. Tetapi sudah ada yang datang sejak jam 9 pagi. Berkobar-kobar.



Program bermula pada jam 10 pagi. Gambar diatas adalah group paling senior, berumur 10-11 tahun. Dan yang paling bising....hmphh...



Selepas menerangkan mengenai konsep Earth Energy dan memahamkan konsep gunung berapi, pelajar diberikan peralatan untuk menghasilkan gunung berapi sendiri. Masing-masing bersemangat untuk menghasilkan gunung berapi yang terbaik.


Bukan senang nak menjaga 27 orang yang dok jumping up and down


Volcanoes yang menunggu untuk dikeringkan


Lepas menghasilkan volcano dan eksperimen ombak, peserta menikmati makan tengahari dan solat Zohor berjemaah dipimpin oleh Brother Syed Omar


Lepas lunch dan solat, masing-masing dah tak sabar-sabar nak test samada volcano boleh meletup atau tak. Cikgu Iskandar membuat sesi demonstrasi.


Bila bagi je greenlight, masing-masing tak sabar nak mencuba menggunakan volcano yang dihasilkan sendiri. Hazman cuba memasukkan soda bikarbonat ke dalam lohong gunung berapi.


Walaupun first time jumpa, kamceng macam kawan lama


Brother Syed sedang bercerita mengenai kisah zaman Rasul yang berkait rapat dengan salah satu earth energy.


Peserta lelaki


Peserta perempuan


Program berakhir jam 5 petang. Kaki dan tangan, lenguh toksah cerita. Balik terus pengsan. Tapi puas hati dan seronok kerana ia berjalan dengan jayanya. Malah menurut sms daripada Puan Roslina, owner Little Khalifah Shop tu, ada parent yg sms bagitau anak mereka balik umah sambung eksperimen tu balik. Habis le cuka ngan soda bikarbonat mak di dapur tu.....hihihi....

Wednesday, June 6, 2007

Kem ActivemindKids Jun 2007

Wow! Tak sangka kem ActivemindKids kali ini mendapat sambutan yang hangat. Seramai 24 orang menghadiri kem satu hari ini dengan tema 'Transport Engineer'

Seawal 8.30 pagi peserta mula berkumpul di Anjung Rahmat, Gombak. Ada yang ceria, ada yang monyok kerana dipaksa bangun pagi. Selepas sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan, sarapan diberikan. Wajah peserta bertambah seri kerana tenaga telah bertambah dan masing-masing telah berkenalan antara satu sama lain. Ada yang datang dari Ampang, Gombak, Shah Alam, Bukit Beruntung dan lain-lain tempat.

Sesi pagi adalah sesi English dimana pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Amazing Race Puzzle, Weird and Wonderful Transport dan banyak lagi. Peserta didedahkan mengenai dunia kenderaan serta melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan termasuk menghasilkan kenderaan futuristik impian mereka sendiri. Masing-masing bersungguh-sungguh menghasilkan design dengan sehebat mungkin. Tak sangka ramai yang berbakat dalam bidang melukis.

Satu jam sebelum waktu makan tengahari, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan projek Sains iaitu membina roket menggunakan kertas dan straw. Masing-masing cukup seronok dan berusaha menceriakan roket dengan pelbagai hiasan seperti kertas warna dan pen magic.
Align Center
Makan tengahari dihidangkan pada jam 12.30 tengahari. Nasi Goreng Ayam, buah tembikai, timun dan air sirap hampir licin. Ada yang bertambah sehingga 6 kali! Selepas solat Zohor, peserta memulakan tugasan membina kereta menggunakan bahan-bahan terpakai.

Pada jam 3.30 petang sesi percubaan menerbangkan roket diadakan dimana setiap peserta mengambil bahagian mengikut kumpulan. Jarak diukur dan dicatat didalam buku. Ada yang berjaya menerbangkan roket sehingga sejauh 11 meter!

Minum petang disediakan pada jam 4.20 petang dan majlis disudahi dengan sesi penyampaian hadiah bagi semua peserta. Masing-masing bertukar nombor telefon dan berjanji untuk berjumpa lagi di kem akan datang pada bulan Ogos nanti.





Thursday, May 24, 2007

4th June Camp@Anjung Rahmat, Gombak


Yippeee!!!!!!!!

ActivemindKids kini kembali lagi dengan siri kem Sains dan English bagi cuti sekolah akan datang. Kem yang menjanjikan keriangan dan pelbagai pengetahuan menarik ini akan membawa tema "Transport Engineer".

Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti seperti:

* Amazing Race game
* Spelling Bee
* Role Play
* Air Flight
* Design your own moving car
* Vehicle testing

dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik menanti peserta. Goodie bag, sijil penyertaan dan hasil eksperimen boleh dibawa pulang.

Yuran cuma RM50 sahaja untuk seorang peserta termasuk makan dan peralatan.

Maklumat Kem "Transport Engineer"

Tarikh: 4 Jun 2007
Masa: 8.30 am - 4.30pm
Lokasi: Anjung Rahmat, Batu 6, Gombak, Selangor
Yuran: RM50 seorang

Pembayaran boleh dibuat ke akaun:
Activemind Training Services (BCB): 1247 0002 6270 52
atau
Iskandar Aminuddin (Maybank): 1140 7569 5166
Sila sms atau email kepada kami apabila pembayaran telah dibuat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Sharifah Sharina (013-384 3484) atau
Iskandar Aminuddin (013-2085 215)
atau email kepada kami di sherrina@activemindkids.com untuk maklumat lanjut.

Tempah tempat untuk anak anda sebelum ia penuh!!!

Sila download brochure, registration form dan location map yang disediakan di bawah ini:
Brochure (in MS Word format)
Brochure (in PDF format)
Registration form (in MS Word format)
Location Map


Sharifah Sharina
Camp Coordinator
Activemindkids
ActivemindKids.com